BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 27 December 2014

Apa-apa tentang apa? Kembali.

Assalamualaikum
Sudah agak lama juga tidak menulis ini cerita.
lets move on, ok

Johor Bahru@JB, bandar yang cukup cantik seperti Kuala Lumpur.
Disini aku menetap untuk sementara waktu mencari rezeki, menarik juga tempat disini.
Banyak yang boleh kita lawati dan pergi.
Macam tergantungkan ceritanya tapi biarkanlah.

Sebenarnya tiada apa sangat nak diceritakan tentang negeri ini, maaf ye semua yg membaca. Hati ni masih teringat pada kampung di Kuantan dan juga Cameron Highlands. Rindu sangat tapi apakan daya mencari rezeki itu lebih utama dan insyaAllah saya pasti akan balik juga satu hari nanti untuk berjumpa dengan ibu dan ayah saya serta sanak saudara yang comel-comel macam artis Kpop, kata mereka lah kan.

Apa lagi ya, dan perancangan saya untuk tahun depan akan ke Singapura untuk menambahkan lagi ilmu dalam perniagaan makanan, insyaAllah suatu hari nanti saya ingin mempunyai perniagaan saya sendiri di Malaysia. Ini kerana zaman sekarang terlalu 'extreme' dengan sistem kehidupan, terlalu pantas. Jadi kita haruslah cepat merebut peluang yang ada. Itulah impian dan harapan saya.

Berkenaan pasangan hidup saya, yang teristimewa tu sudah ada cuma perlu lebih kenal lagi rapat. Bak kata orang 'tak kenal maka tak cinta', yeke...tapi bercinta lepas kahwin lagi seronok rasanya. Perancangan nak bersatu sudah ada, cuma perlu tunggu si dia habis belajar dulu. InsyaAllah, sekira sudah ditetapkan ada jodoh, pasti tidak kemanakan. Saya nak kongsi sikit, dalam perhubungan ada tiga perkara yang kita kena pegang. Jujur, percaya dan setia. Ada tiga perkara ini, pasti hubungan berjalan lancar tapi ingat, kita merancang sahaja Allah yang tentukan.

Apa lagi ye, saya nak kongsi satu perkara. sekarang di beberapa buah negeri di pantai timur dan yang lain-lain mengalami musibah banjir besar. Kali ini memang teruk sangat sebab dah berapa hari air masih belum surut sepenuhnya. Diharapkan kita semua berdoa dan buat solat hajat untuk mereka disana. Juga berilah bantuan pada mereka, tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Sama-samalah kita berdoa untuk mereka.Aminn.

Sampai sini dulu saya menulis dalam blog ini, semoga kita semua bertemu di lain masa. Ingat pesan saya, jangan tinggal solat lima waktu dan dengarlah sentiasa cakap ibu bapa.
InsyaAllah pasti hidup akan tenang dan damai.
Wassalam.

Wednesday 14 May 2014

Bila Tiba (Ost. Sang Kiai) | Official Video Clip | Ungu

Wednesday 7 May 2014

SeLaMaT BerHibuR SeMua

Kini Tinggal Kenangan
Didalam  kealpaan ku meniti  sebuah  kehidupan,
Terkadang diri berfikir erti akan kedamaian ,
Kemanusiaan,kasih sayang,semuanya indah pada nama,
Alangkah bahagia nya setiap insan di dunia,
Tiada nista tiada duka ,terus disulami rasa cinta,
Berkasih sayang sesama manusia,
 
Sebuah ikatan yang dipupuk kasih sayang sesama insan
Semangat yang baru perlu diterapkan dengan kekuatan
 
Mengapa difikirkan tentang orang lain
Andai kita masih mencari penyelesaian,
Mengapa difikirkan tentang kepercayaan
Jikalau kita masih bersendirian
 
Kita bukan sesiapa diatas muka bumi ini,
Kita adalah makhluk yang paling kerdil disisiNya,
Kita bukan ketua untuk berkata-kata,
Kita hanya manusia jalanan di kaki lima,
 
Bila itu semua kenangan terindah
Kini menjadi  kepahitan terindah,
Bila hilang semua kasih
 Pasti akan merasa sedih
 
Kita bukan hidup lama untuk memerintah,
Kita hidup lama dengan diperintah,
Dunia bukan sezalim itu untuk dipertikaikan
Hanya kita sebagai manusia untuk difikirkan