BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 9 May 2016

Hanya bingkisan cerita kepada pencerita

Assalamualaikum,

Fuhhh dah berhabuk teruk blog ni, haha selamat kembali pada diri ini. Setelah sekian lama menyepi. Nak cerita apa yea. Sebenar tiada modal sangat nak cerita.,

Mungkin saya akan kongsikan sedikit pengalaman seorang lelaki yang berada di atas awangan.

Perjalanan (Part 1)

`mak, orang nak keluar dari sini.' Kata sosok tubuh pada emaknya.

`nak kemana, wan?' Jawab perempuan yang di panggil mak.

`orang nak pergi luar negara, cari pengalaman. Lagipun orang dah usaha kat sini tapi tiada rezki disini.' Luahan pada maknya.

Lalu maknya akur dengan permintaan seorang anak itu. ' yelah wan. Tapi mak nak pesan jangan tinggal solat yea.' Pesan mak pada anaknya. Tanggungjawab itu masih maknya pikul.

Setelah beberapa hari itu, Wan pun berangkat ke Singapura bersama beberapa lagi teman sekampung.  Dan dari situlah bermulanya sebuah Perjalanan.

_____________________________________________

Nama aku Wan, Wan Azmi bin Wan Ahmad. Asal aku lahir di Kuantan, Pahang. Tinggal kawasan kampung walaupun nama bandar Kuantan, jangan keliru. Cerita ni aku buat bukan untuk aku tapi unuk dia.

Dalam perjalanan ini, aku terserempak atau terjumpa dengan macam-macam perangai manusia. Yang hitam, yang putih dan yang warna-warni., orang kata asam garam kehidupan. Mungkin dengan cara yang macam ni aku boleh kenal seseorang tu. Terima kasih Tuhan.

_____________________________________________

Malam itu, Wan dan teman-temannya sampai di Johor Bahru. Bas yang mereka naiki tiba di Terminal Larkin. Sampai sahaja disana, mereka mencari hotel yang berdekatan. Nasib mereka baik kerana pemandu teksi mengatakan ada sebuah hotel bajet di kawasan itu. Mereka berjalan mengikut arah pemandu itu bagi, tidak lah jauh mana. Hotel Ghazrin, itulah nama hotel yang mereka akan diami malam itu

`Wan, betul ke kau nak pergi ke sana?', tanya salah seorang kawan rapatnya, Maszainal.

`iya, begitulah nampaknya, aku memang teringin sangat nak ke Singapura. Ramai yang mengatakan disana menjanjikan peluang pekerjaan dan aku tak mahu pulang ke kampung.'.wan luahkan perasaan sambil menghisap rokok. Sebenarnya wan adalah perokok tegar, dah beribu kali maknya suruh dia berhenti namun dia tetap degil, katanya 'semua orang pun mati, lambat atau cepat jea, mak',. Itulah Wan. Anak muda yang agak lurus tapi degil.

Ditengah mereka berborak, datang seoranlagi temannya mengajak keluar untuk hiruo udara malam di sekitar hotel. Wan dan yang lain-lain turut serta, sebenarnya mereka ini semua datang berempat. Wan, Maszainal, Hazim dan Amirul. Mereka ini semua rakan sekolah dan sekampung satu tika dulu dan sekarang.

Lalu pada malam itu, mereka pun berjalan di sekitar kawasan hotel tersebut.

Setelah habis berjalan mereka kembali ke hotel dan terus siapkan diri untuk tidur.

`selamat malam'

_____________________________________________