BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 9 May 2016

Hanya bingkisan cerita kepada pencerita

Assalamualaikum,

Fuhhh dah berhabuk teruk blog ni, haha selamat kembali pada diri ini. Setelah sekian lama menyepi. Nak cerita apa yea. Sebenar tiada modal sangat nak cerita.,

Mungkin saya akan kongsikan sedikit pengalaman seorang lelaki yang berada di atas awangan.

Perjalanan (Part 1)

`mak, orang nak keluar dari sini.' Kata sosok tubuh pada emaknya.

`nak kemana, wan?' Jawab perempuan yang di panggil mak.

`orang nak pergi luar negara, cari pengalaman. Lagipun orang dah usaha kat sini tapi tiada rezki disini.' Luahan pada maknya.

Lalu maknya akur dengan permintaan seorang anak itu. ' yelah wan. Tapi mak nak pesan jangan tinggal solat yea.' Pesan mak pada anaknya. Tanggungjawab itu masih maknya pikul.

Setelah beberapa hari itu, Wan pun berangkat ke Singapura bersama beberapa lagi teman sekampung.  Dan dari situlah bermulanya sebuah Perjalanan.

_____________________________________________

Nama aku Wan, Wan Azmi bin Wan Ahmad. Asal aku lahir di Kuantan, Pahang. Tinggal kawasan kampung walaupun nama bandar Kuantan, jangan keliru. Cerita ni aku buat bukan untuk aku tapi unuk dia.

Dalam perjalanan ini, aku terserempak atau terjumpa dengan macam-macam perangai manusia. Yang hitam, yang putih dan yang warna-warni., orang kata asam garam kehidupan. Mungkin dengan cara yang macam ni aku boleh kenal seseorang tu. Terima kasih Tuhan.

_____________________________________________

Malam itu, Wan dan teman-temannya sampai di Johor Bahru. Bas yang mereka naiki tiba di Terminal Larkin. Sampai sahaja disana, mereka mencari hotel yang berdekatan. Nasib mereka baik kerana pemandu teksi mengatakan ada sebuah hotel bajet di kawasan itu. Mereka berjalan mengikut arah pemandu itu bagi, tidak lah jauh mana. Hotel Ghazrin, itulah nama hotel yang mereka akan diami malam itu

`Wan, betul ke kau nak pergi ke sana?', tanya salah seorang kawan rapatnya, Maszainal.

`iya, begitulah nampaknya, aku memang teringin sangat nak ke Singapura. Ramai yang mengatakan disana menjanjikan peluang pekerjaan dan aku tak mahu pulang ke kampung.'.wan luahkan perasaan sambil menghisap rokok. Sebenarnya wan adalah perokok tegar, dah beribu kali maknya suruh dia berhenti namun dia tetap degil, katanya 'semua orang pun mati, lambat atau cepat jea, mak',. Itulah Wan. Anak muda yang agak lurus tapi degil.

Ditengah mereka berborak, datang seoranlagi temannya mengajak keluar untuk hiruo udara malam di sekitar hotel. Wan dan yang lain-lain turut serta, sebenarnya mereka ini semua datang berempat. Wan, Maszainal, Hazim dan Amirul. Mereka ini semua rakan sekolah dan sekampung satu tika dulu dan sekarang.

Lalu pada malam itu, mereka pun berjalan di sekitar kawasan hotel tersebut.

Setelah habis berjalan mereka kembali ke hotel dan terus siapkan diri untuk tidur.

`selamat malam'

_____________________________________________

Saturday 27 December 2014

Apa-apa tentang apa? Kembali.

Assalamualaikum
Sudah agak lama juga tidak menulis ini cerita.
lets move on, ok

Johor Bahru@JB, bandar yang cukup cantik seperti Kuala Lumpur.
Disini aku menetap untuk sementara waktu mencari rezeki, menarik juga tempat disini.
Banyak yang boleh kita lawati dan pergi.
Macam tergantungkan ceritanya tapi biarkanlah.

Sebenarnya tiada apa sangat nak diceritakan tentang negeri ini, maaf ye semua yg membaca. Hati ni masih teringat pada kampung di Kuantan dan juga Cameron Highlands. Rindu sangat tapi apakan daya mencari rezeki itu lebih utama dan insyaAllah saya pasti akan balik juga satu hari nanti untuk berjumpa dengan ibu dan ayah saya serta sanak saudara yang comel-comel macam artis Kpop, kata mereka lah kan.

Apa lagi ya, dan perancangan saya untuk tahun depan akan ke Singapura untuk menambahkan lagi ilmu dalam perniagaan makanan, insyaAllah suatu hari nanti saya ingin mempunyai perniagaan saya sendiri di Malaysia. Ini kerana zaman sekarang terlalu 'extreme' dengan sistem kehidupan, terlalu pantas. Jadi kita haruslah cepat merebut peluang yang ada. Itulah impian dan harapan saya.

Berkenaan pasangan hidup saya, yang teristimewa tu sudah ada cuma perlu lebih kenal lagi rapat. Bak kata orang 'tak kenal maka tak cinta', yeke...tapi bercinta lepas kahwin lagi seronok rasanya. Perancangan nak bersatu sudah ada, cuma perlu tunggu si dia habis belajar dulu. InsyaAllah, sekira sudah ditetapkan ada jodoh, pasti tidak kemanakan. Saya nak kongsi sikit, dalam perhubungan ada tiga perkara yang kita kena pegang. Jujur, percaya dan setia. Ada tiga perkara ini, pasti hubungan berjalan lancar tapi ingat, kita merancang sahaja Allah yang tentukan.

Apa lagi ye, saya nak kongsi satu perkara. sekarang di beberapa buah negeri di pantai timur dan yang lain-lain mengalami musibah banjir besar. Kali ini memang teruk sangat sebab dah berapa hari air masih belum surut sepenuhnya. Diharapkan kita semua berdoa dan buat solat hajat untuk mereka disana. Juga berilah bantuan pada mereka, tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Sama-samalah kita berdoa untuk mereka.Aminn.

Sampai sini dulu saya menulis dalam blog ini, semoga kita semua bertemu di lain masa. Ingat pesan saya, jangan tinggal solat lima waktu dan dengarlah sentiasa cakap ibu bapa.
InsyaAllah pasti hidup akan tenang dan damai.
Wassalam.

Wednesday 14 May 2014

Bila Tiba (Ost. Sang Kiai) | Official Video Clip | Ungu

Wednesday 7 May 2014

SeLaMaT BerHibuR SeMua

Kini Tinggal Kenangan
Didalam  kealpaan ku meniti  sebuah  kehidupan,
Terkadang diri berfikir erti akan kedamaian ,
Kemanusiaan,kasih sayang,semuanya indah pada nama,
Alangkah bahagia nya setiap insan di dunia,
Tiada nista tiada duka ,terus disulami rasa cinta,
Berkasih sayang sesama manusia,
 
Sebuah ikatan yang dipupuk kasih sayang sesama insan
Semangat yang baru perlu diterapkan dengan kekuatan
 
Mengapa difikirkan tentang orang lain
Andai kita masih mencari penyelesaian,
Mengapa difikirkan tentang kepercayaan
Jikalau kita masih bersendirian
 
Kita bukan sesiapa diatas muka bumi ini,
Kita adalah makhluk yang paling kerdil disisiNya,
Kita bukan ketua untuk berkata-kata,
Kita hanya manusia jalanan di kaki lima,
 
Bila itu semua kenangan terindah
Kini menjadi  kepahitan terindah,
Bila hilang semua kasih
 Pasti akan merasa sedih
 
Kita bukan hidup lama untuk memerintah,
Kita hidup lama dengan diperintah,
Dunia bukan sezalim itu untuk dipertikaikan
Hanya kita sebagai manusia untuk difikirkan

Monday 27 February 2012

Lekanya Aku Ya Allah

Aku ibarat pelangi petang ditelan senja
Malapnya aku tiada bermakna... tapi aku terus mencari baki bahagia yang tercicir dikala suka
Supaya tidak ku sunyi diwaktu duka...
Aku terus bertanya
Dimana?? dimana???
Dimana sisa cinta aku
Cinta aku pada dia yang kuasa
Cinta peneman di saat senang dan susah
Baru kusedar cinta tu sudah lama pergi
Aku leka dalam mengejar cinta dunia
Sehingga aku lupa pada pencipta
Lupa pada cinta hakiki
Ya Allah lekakah aku Ya Allah
Adakah peluang utk ku lagi ya pencipta
Peluang utk aku kutip sisa bahagia
Aku terlalu rindu akan bisikan-Mu
Bisikan kebenaran dalam setiap saat kehidupan

Monday 23 January 2012

For You...!!!

Untukmu
Untukmu, untukmu
Kerna ini semua untukmu
Untukmu, untukmu
Setiap apa yang ku buat
Setiap apa yang ku lakukan
Tidak risau pasal mereka
Walau apa yang terjadi padaku
Kerna ini semua untukmu
Untukmu, untukmu
Kerna ini semua untukmu
Untukmu, untukmu
Ya ku masih gigih bekerja lagi
Ku takkan dipecat ku ada sebab di sini
Ingin capai bintang dan sekarang ku di ruang galaksi
Kalau ada silap ‘Maafkan Kami – P.Ramlee
Jeah
Berkepul-kepul dalam beg galas
Penuh sopan santun walau rupa budak jahat
Sentiasa 21 panggil ku blackjack
Gua boleh ajar lu, gua cikgu rock bukan Jack Black
Tidak, kena biasakan jetlag
Ayat lu kokaina?
Setiap garisan guna anthrax
Ada kata ku poyo ada panggil gua brensek
Gua tak ambil peduli kerna awek panggil gua hensem
Yup, seorang kapten dalam industri
Bahasa Itali Capo di Tutti Capo
Lucky Luciano, David Tee jadi Mayer Lansky
Kartel La Costra Nostra kita famili
Setiap apa yang ku buat
Setiap apa yang ku lakukan
Tidak risau pasal mereka
Walau apa yang terjadi padaku
Gua boleh letak lima kaki
pukul belakang budak gua bila berjalan
Tapi belakang baik ajar pukul waktu rakaman
Sudah ada jam Ball tinggal nak jadi angkasawan
Kalau dulu fans gila, nah sekarang mereka sawan
Dan fokus ku hingga garisan penamat
Gua pikir panjang, perlahan kayuh tak penat
Nak jadi jutawan jangan rugikan talian hayat
Sentiasa bersedia berjaga sepanjang riwayat
Dan beradab setiap ayat
Sentiasa ada barang canggih macam Low Yat
Ok artis pun manusia buat silap kadang kala
Setengah orang luar sana suka kritik buta-buta
Buat fitnah semata-semata
Gua tak pernah ambil kisah
Yang penting hanya fans, kawan dan keluarga
Itu paling berharga..
Ku jaga cukup-cukup
Kartello kontrakku denganmu seumur hidup
Setiap apa yang ku buat
Setiap apa yang ku lakukan
Tidak risau pasal mereka
Walau apa yang terjadi padaku
Ku sudah jelajah dunia ku tahu arah tujuku
Misi tetap sama iaitu menjadi MC bermutu
Dengan itu ku harus kuatkan pasukan,
Bakar semangat golongan muda untuk berimpian
Walau popular jangan sekali lupa diri
Kita boleh tipu orang tapi tidak boleh tipu diri sendiri
Dan ingat orang tersayang walau mereka jauh
Ingatkan yang Esa dan terus bersyukur
Setiap apa yang ku buat
Setiap apa yang ku lakukan
Tidak risau pasal mereka
Walau apa yang terjadi padaku
Setiap apa yang ku buat
Setiap apa yang ku lakukan
Tidak risau pasal mereka
Walau apa yang terjadi padaku
Kerna ini semua untukmu
Untukmu, untukmu
Kerna ini semua untukmu
Untukmu, untukmu

Wednesday 14 September 2011

Semoga Hospital Kerajaan Lebih "Bagus"

Salam semua kalian-kalian di luar sana ye..disini saya mengharapkan teman-teman sihat selalu disamping orang yang paling tersayang yek. Nak cerita kisah kali ni adalah hospital kerajaan.


Minggu lepas my grandma masuk hospital disebabkan ketumbuhan yg dah macam nak meletup dah, Khamis lepas my grandpa dan my auntie hantar grandma g hospital(xleh gtaw hospital mner)...My grandma masuk wad untuk beberapa hari, mengikutkan appointment berjumpa doktor pakar adalah pada 12/11/2011,namun apa yang terjadi disini ketumbuhan yang ada pada garndma saya sudah pecah sebelum tarikh tersebut. Pihak hospital tidak memberikan apa-apa reaction pada kesakitan yang dialami oleh grandma saya.


Yang saya paling kesali,sampai sekarang grandma saya masih lagi terlantar dihospital tanpa apa-apa tindakan walaupun tarikh tersebut sudah lepas.Pihak doktor sepertinya melambat-lambatkan keadaan pesakit iaitu grandma saya, sedih tak terkata pabila grandpa saya asyik turun dari cameron untuk melihat keadaan grandma saya. Namun tiada kesudahan, sudah masuk seminggu tiada apa-apa tindakan dari pihak hospital sedangkan ketumbuhan itu sudah pecah, dan saya khuatir ia akan merebak dan berjangkit serta boleh memudaratkan kesihatan yang laein.Hanya memberi ubat penahan sakit sahaja dari pihak hospital, sengal betul:(..


Dan saya mohon semoga pihak hospital lebih aggresif dalam membuat kerja..dan juga saya doakan grandma saya boleh pulih seperti sediakala dan boleh pulang ke rumah..huhuhu penat grandpa saya turun naik nk tnggu appointmnet dgn doktor, sedih betul, saya harap pihak hospital boleh beri kerjasama sb kalau lah apa-apa terjadi pada grandma saya, memang nak kena la hospital tersebut.


Alhamdulillah setakat ni grandma saya masih lagi dalam keadaan stabil setelah dikimo kan, tapi tak tahu adakah ketumbuhan tersebut boleh tumbuh balek ataupun tak. Dan saya berharap dan berdoa untuk my grandama serta juga untuk anak buah kepada Teman sehidup semati saya dapat diselamatkan dan pulih..sama2 lah kita doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar..amin